Monday, March 8, 2010

LAWATAN SEKOLAH DARI SURATHANI





Wednesday, February 24, 2010

Contoh Karangan Pendapat : Isu Dadah

Apabila anda merdengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yang mungkin anda fikirkan ? Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis ? Rupa-rupanya, ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian serius kerana penyalahgunaannya yang meluas – heroin, kokain, ecstasy, kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan “Karnival Enam Jahanam”, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu dadah di negara kita berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan mengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara.Apakah sebenarnya dadah ? Dadah yang fungsi asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang berterusan mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.


Pada akhir tahun 1960-an, negara kita mulai mengalami masalah dadah Golongan remaja dipengaruhi oleh kebudayaan ‘hippie’ dan askar-askar Amerika yang melancong ke Pulau Pinang. Sebagai kesan daripada kedua pengaruh tersebut, penagihan dadah telah merebak ke seluruh negara. Golongan muda yang terlibat dalam penagihan dadah merupakan pemuda- pemudi harapan bangsa dan negara dan terjerumusnya mereka dalam alam khayalan ini mengakibatkan mereka bukan sahaja tidak berguna kepada masyarakat bahkan diri mereka sendiri. Memandangkan hakikat inilah, kerajaan telah mengambil sikap tegas terhadap pengedaran dadah, dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi rakyat termasuklah undang-undang yang amat ketat. Tetapi, pengedaran dadah nampaknya tidak boleh diselesaikan dengan hanya peruntukan undang-undang seperti Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985) walaupun mereka yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori. Oleh itu, kerajaan telah melancarkan kempen antidadah di seluruh negara secara meluas. Namun demikian, tanggungjawab untuk memerangi dadah seharusnya kita pikul bersama.


Tindakan pencegahan dadah yang berkesan memerlukan penglibatan semua golongan masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan muda lebih bebas, terdedah kepada pengaruh asing dan mereka lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat. Untuk disanjung oleh kawan, mereka menunjukkan keberanian dengan menghisap rokok dan dadah. Sekali mereka bermula, maka amat sukar bagi mereka memberhentikan amalan buruk ini. Masyarakat harus dididik sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis, benda yang kotor dan tidak boleh disentuh. Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini dalam hati sanubari mereka, sebahagian daripada kejayaan pencegahan dadah akan tercapai. Kita harus sedar bahawa tindakan kita ke arah matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkan bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk mewujudkan satu bangsa yang bermaruah dan dihormati.


Sebahagian besar penagih-penagih dadah di negara kita terdiri daripada golongan remaja antara 15-29 tahun. Antara sebab-sebab utama mereka ini menjadi penagih ialah kerana keseronokan, sikap ingin tahu, pengaruh persekitaran terutamanya pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi disebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat kasih sayang ibu bapa atau kerana kemewahan. Hal ini menunjukkan, sekolah boleh memainkan peranan penting dalam membasmi bencana dadah. Pada tahun 2005 ini, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan program pencegahan penagihan dadah besar-besaran tahun ini dengan sasaran utama terhadap golongan belia terutama pelajar sekolah. Program pencegahan merupakan usaha terbaik bagi mengelak pertambahan jumlah penagih baru di negara ini. Menurut laporan agensi itu, sehingga Oktober tahun 2004, daripada sejumlah 30,659 penagih dadah, sebanyak 15,292 orang adalah penagih baru manakala sebanyak 15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita perlu bersungguh-sungguh dengan program pencegahan kerana program pemulihan dan rawatan sukar menghalang penagih-penagih ini mengulangi kegiatan mereka.


Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kegiatan penagihan dadah lazimnya bermula dengan tabiat menghisap rokok. Ini kerana tabiat ketagihan dihasilkan oleh unsur nikotin dalam rokok. Apabila merasakan rokok tidak memberi kepuasan, mereka beralih kepada ganja dan sekiranya ganja juga tidak memberi keseronokan, mereka akan beralih kepada heroin dan morfin. Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam memerangi najis dadah kerana implikasinya terhadap dorongan untuk mendapatkan dadah.


Masyarakat harus sama-sama menyedari akan kesan pengambilan dadah. Dengan berfikiran rasional, mereka tentu tidak sanggup menerima risikonya yang menakutkan. Antara kesan-kesannya ialah mendapat penyakit meningitis, penyakit jangkitan jantung, AIDS, Hepatitis B, C, dan D, kerosakan buah pinggang, otot-otot badan mengecut dan berkemungkinan lumpuh. Kesan fizikal pula ialah apabila sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh mereka akan berasa keluh-kesah, gian, dan amat menderita. Jelasnya mereka akan berperang dengan kematian kerana terdedah dengan penyakit terutamanya penyakit AIDS yang amat digeruni.


Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk memerangi dadah. Najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadah sifar. Marilah kita sama-sama menghapuskan najis dadah yang “menjahanamkan” masyarakat daripada terus hadir di Malaysia. Kita tiada pilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di minda pada setiap masa iaitu “Perangi Dadah Habis-Habisan”.

NOVEL "AZFA HANANI"




Novel
"Azfa Hanani"
karya
Halis Azhan Mohd Hanafiah
Tingkatan 4
(Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak)

SINOPSIS NOVEL "AZFA HANANI"

Sinopsis Novel

Novel "Hikmah" Tingkatan 1

Novel Hikmah

Cerpen "Ibu dan Ceper"

Sinopsis
"Ibu dan Ceper"
(Antologi Harga Remaja)
Tingkatan 4


Sungai Ceper mengalirkan airnya dengan arus yang kuat. Penulis membandingkan kekuatan Sungai Ceper dengan kegigihan ibunya. Sungai Ceper masih belum tercemar dan berfungsi untuk mengairi sawah padi. kepelbagaian fungsi sungai tersebut diumpamakan oleh penulis seperti kegigihan seorang ibu yang mengerjakan sawah bagi menyara keluarganya.Ibu merupakan merupakan seorang wanita yang rajin. selain bersawah, dia juga menetak mengkuang bagi menampung kelangsungan hidup keluarganya. Ibu aktif juga dalam aktiviti kemasyarakatan seperti membantu kenduri kendara, menziarahi jiran sekiranya ada kematian.

Suaminya agak pemalas kerana amat kurang membantu menyara keluarga. Si ibulah yang berhempas pulas menggunakan tulang empat kerat untuk menguasahakan sawah. Si suami banyak menghabiskan masa dengan memenuhi hobinya iaitu memikat burung ketitir. Penulis menjelaskan bahawa Sungai Ceper memusnahkan padi tanaman ibunya. Penduduk di seluruh kampung menjadi papa kedana kerana padi mereka musnah sebagai akibat banjir. Selain banjir, kemarau turut mengancam penduduk kampung juga. Kemarau yang berpanjangan menyebabkan tanaman padi mati. Ibu terpaksa mendapatkan bekalan air di perigi.

Penulis teringat akan kisah lampaunya. Penulis yang kini sudah beranak dan bercucu teringat akan kisah arwah ibu dan bapanya. Ibu tidak dapat bekerja mengusahakan sawah padi setelah terjatuh kerana terlanggar tunggul kayu. Akibatnya, ibu terus lumpuh dan tidak dapat bergerak lagi. Bapanya pula semakin tua dan tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu keluarga. Penulis teringat akan kisahnya menjaga ibu dan ayahnya yang sudah tua. Ketika menjaga ibunya yang sudah tua, kadang-kala terdapat kesalahan yang dilakukan yang mengores hati ibunya. Penulis amat menyesali kesilapannya.

Keadaan Sungai Ceper digambarkan semakian kotor kerana pencemaran. Pelbagai bahan buangan terdapat dalam sungai tersebut. Air sungai semakin sedikit dan dasarnya semakin cetek sehingga menyebabkan sungai tersebut gagal berfungsi. Air sungai tersebut tidak mengalir lagi. Kekotoran di sungai tersebut amat menjijikkan.

Kini, penulis dan keluarganya mengambil alih kerja-kerja mengusahakan sawah padi. Walau bagaimanapun, keriangan mengusahakan sawah padi berbeza daripada zaman sebelumnya. Hal yang demikian kerana sungai tersebut tidak mampu lagi mengairi sawah seperti yang digambarkan ketika zaman ayah dan ibunya masih muda. Mengikut pengamatan penulis, kematian ibunya sama keadaan seperti yang dialami oleh Sungai Ceper.

Monday, February 22, 2010

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 1

hsp_bm_f1

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4

1

Saturday, February 20, 2010

CERITA KERA & AYAM

Thursday, February 18, 2010


HIKMAH memaparkan kisah seorang pelajar miskin yang bernama Amri. Dia begitu sayang akan ibunya yang sudah tua. Amri seorang anak yang baik ketika di rumah tetapi berlainan perangainya apabila berada di sekolah. Dia suka membuli pelajar junior dengan meminta wang perlindungan. Sesiapa saja yang ingar dengan kemahuannya, maka pelajar tersebut akan menerima padahnya. Dia melakukan ini semua sebagai cara melepaskan geram dan tekanan akibat sikap ayahnya seorang kaki judi yang seringkali menyusahkan dan menyakiti ibunya.

Namun dia menyembunyikan kisah keluarganya sehingga Sapura seorang pengawas di sekolahnya datang ke rumahnya. Kehadiran Sapura ke rumah Amri adalah bertujuan untuk memberitahu ibunya tentang kejadian yang menyebabkannya terjatuh ke dalam bendang setelah basikalnya dihimpit oleh Amri ketika dalam perjalanan balik dari sekolah. Amri berbuat demikian kerana Sapura seringkali menjadi pelapor perbuatan buruknya kepada guru disiplin (Cikgu Harun) sekolahnya. Sapura tidak sempat menceritakan hal tersebuat kepada ibu Amri setelah melihat peristiwa menyayat hati di rumah Amri. Sapura bersimpati dengan nasib yang menimpa Amri. Ayahnya mengambil wang dan rantai emas kepunyaan ibu Amri untuk dijadikan modal berjudi. Ibunya pula dipukul tanpa belas kasihan. Amri tidak punya wang untuk membawa ibunya yang sakit ke hospital. Amri teringat akan wang simpanannya. Selain wangnya sendiri, wang tersebut juga wang perlindungan yang dikutip daripada pelajar junior. Amri sedar wang tersebut bukan dari sumber yang halal seperti yang disangka ibunya, namun dia tidak punya pilihan lain.

Lalu, Amri mengayuh basikalnya ke bandar untuk membelikan ubat untuk ibunya. Setibanya di sebuat farmasi di bandar, Amri membeli ubat yang sesuai dengan nilai wang yang ada padanya. Tiba-tiba datang seorang pemuda meminta pertolongannya. Nasibnya kurang baik kerana pemuda tadi sebenarnya seorang penagih yang berniat untuk memeras ugut dengan meminta wang daripadanya. Oleh sebab Amri tidak punya wang untuk diserahkan, pemuda tadi bersama dengan seorang rakannya memukul Amri hingga parah dan ubat ibunya yang dibeli tadi jatuh bertaburan. Sudah jatuh ditimpa tangga.

Ketika itu, Amri teringat akan perbuatannya memeras ugut pelajar junior di sekolahnya, dia sedar begitulah keadaanya pelajar-pelajar yang diugutnya itu. Dia juga sedar wang yang digunakan untuk membeli ubat ibunya adalah haram. Inilah akibatnya, Allah akan membalas balik perbuatan yang kita lakukan terhadap orang lain. Buat jahat, dibalas jahat. Sapura yang mengekori Amri mendapati Amri cedera dan tidak sedarkan diri. Sapura mengejutkan Amri dan memberitahu bahawa ibunya sedang dirawat di hospital. Sapura mengajak Amri melawat ibunya di hospital. Ibu Amri dibawa ke hospital oleh ayah Sabrina.

Amri terharu dan berterima kasih atas pertolongan Sapura dan keluarga. Amri meminta maaf kepada Sapura. Akhirnya Amri dan Sapura bersahabat baik. Amri telah berubah. Kini dia pula yang menjadi pelindung kepada pelajar-pelajar yang menjadi mangsa buli di sekolahnya. Amri mengharapkan sinar baru dalam keluargannya apabila ayahnya keluar dari penjara nanti.

Masak2 kat umah Dr Jalil...




Tuesday, February 16, 2010

TENGAH KACAU BUBUR ASYURA....


Monday, February 15, 2010

SUKANTARA SMKDHAB





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, February 12, 2010

HARI PENGHAYATAN ISLAM SMKDHAB





Thursday, February 11, 2010

jOM kiTe MeNgEcAt.....




HARI MERENTAS DESA SMKDHAB



Thursday, February 4, 2010


Hai...ni cikgu-cikgu praktikal usm yang lain yang sama-sama duk mengajar kat sekolah ni... yang kiri tu cikgu Akilah, yang tengah tu pulak cikgu Fiza...yang kanan tu mestilah saya....hehehe